Tuesday 19 April 2016


Program PERKAP yang akan berlangsung pada minggu ini ialah KIDZUUM :-

Tarikh : 23 April 2016
Tempat : Auditorium SAC & Dewan DPP Tradewinds

Ibu/bapa/pelajar akan mendengar ceramah berkenaan keibubapaan oleh Prof. Madya Dr. Nor Azniza Ishak, Dekan Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar & Kerja Sosial, UUM dan Ustaz Zakir Majid, Pensyarah Unit Pendidikan Moral, Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman di Auditorium SAC.

Manakala anak-anak akan terlibat dengan aktiviti di Dewan DPP Tradewinds.

Semua STAF, pelajar & orang awam di jemput hadir

Tuesday 5 April 2016


Setiap anak adalah anugerah yang teristimewa.

Nantikan April ini.

Sunday 3 April 2016




MAKLUMAT MAJLIS ANUGERAH DEKAN SESI A151.
Perhatian kepada nama berikut, anda diwajibkan untuk membuat pengesahan kehadiran ke Majlis Anugerah Dekan Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar & Kerja Sosial sebelum 14 April 2016 di Pejabat Am, SAPSP atau boleh hubungi Puan Mahani Ahmad (04-9285720).
Majlis Anugerah Dekan SAPSP akan diadakan pada 19 April 2016, jam 2.00 petang bertempat di DKG 2/2.
Kerjasama dari pihak anda amat kami harapkan.
Sekian,
Terima Kasih

Saturday 2 April 2016

PERKAP'S FAMILY DAY


Pada 29 April 2016, Persatuan Kaunseling & Psikologi akan mengadakan PERKAP'S FAMILY DAY.
Penyertaan amat dialu - alukan kepada semua pelajar Sains Kaunseling Kohort-8, Kohort-9 dan Kohort-10. Di samping bersukan dan berseronok, program seumpama ini dapat mengeratkan silaturahim antara pelajar-pelajar Sains Kaunseling.

strive straight A'

‪#‎PERKAP‬ ‪#‎TogetherWeAreOne‬


Assalamualaikum & Salam sejahtera,
Saya mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang menjayakan program pada hari ini.
1) Buat AJK Strive for Straight A's tahniah diucapkan. Semoga Allah merahmati setiap usaha yang kalian lakukan. Saya minta maaf kerana tidak dapat menjenguk ke Perlis siang tadi.

Wednesday 27 January 2016

PERASMIAN PERTUKARAN NAMA SSD KEPADA SAPSP


 Pusat Pengajian Pembangunan Sosial (SSD) secara rasminya telah ditukar nama kepada Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (School of Applied Psychology, Social Work and Policy atau singkatannya SAPSP).

Ditubuhkan pada 1984, SSD mengorak langkah sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan. 

SSD dalam usahanya untuk memahami tingkah laku sosial manusia kontemporari yang bersifat sejagat telah tampil dengan memberi penekanan kepada bidang Psikologi, Kaunseling, Kerja Sosial, Dasar Sosial dan Sains Koreksional.

Perasmian telah disempurnakan oleh Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dato' Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak dalam Majlis Amanat Naib Canselor 2016 di Dewan Mu'adzam Shah, UUM.


Friday 2 October 2015

Kem Kepimpinan IB Agent SMK Sultanah Bahiyah


Pada 9 Oktober 2015 hingga 10 Oktober 2015 telah diadakan Kem Kepimpinan IB Agent SMK Sultanah Bahiyah bertempat di Universiti Utara Malaysia. Seramai 26 orang IB Agent dari SMK Sultanah Bahiyah terlibat dalam kem kepimpinan ini. Pelbagai aktiviti telah dijalamkan bagi mengenali potensi diri pelajar dalam aspek kepimpinan. 

Jutaan terima kasih kepada semua yang membantu dalam menjayakan kem ini, terutamanya pihak PPA-CAS, Kaunselor SMK Sultanah Bahiyah dan juga barisan fasilitator yang terlibat. 


 
FULL EDIT BLOG:JIAKREATIFELTDOTCOM