Wednesday 27 January 2016

PERASMIAN PERTUKARAN NAMA SSD KEPADA SAPSP


 Pusat Pengajian Pembangunan Sosial (SSD) secara rasminya telah ditukar nama kepada Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (School of Applied Psychology, Social Work and Policy atau singkatannya SAPSP).

Ditubuhkan pada 1984, SSD mengorak langkah sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan. 

SSD dalam usahanya untuk memahami tingkah laku sosial manusia kontemporari yang bersifat sejagat telah tampil dengan memberi penekanan kepada bidang Psikologi, Kaunseling, Kerja Sosial, Dasar Sosial dan Sains Koreksional.

Perasmian telah disempurnakan oleh Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dato' Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak dalam Majlis Amanat Naib Canselor 2016 di Dewan Mu'adzam Shah, UUM.


 
FULL EDIT BLOG:JIAKREATIFELTDOTCOM