Friday 2 October 2015

Kem Kepimpinan IB Agent SMK Sultanah Bahiyah


Pada 9 Oktober 2015 hingga 10 Oktober 2015 telah diadakan Kem Kepimpinan IB Agent SMK Sultanah Bahiyah bertempat di Universiti Utara Malaysia. Seramai 26 orang IB Agent dari SMK Sultanah Bahiyah terlibat dalam kem kepimpinan ini. Pelbagai aktiviti telah dijalamkan bagi mengenali potensi diri pelajar dalam aspek kepimpinan. 

Jutaan terima kasih kepada semua yang membantu dalam menjayakan kem ini, terutamanya pihak PPA-CAS, Kaunselor SMK Sultanah Bahiyah dan juga barisan fasilitator yang terlibat. 


Thursday 1 October 2015

Taklimat Program Mobiliti



Ingin merasai pengalaman belajar di tempat orang ?. 

Hadirkan diri anda pada taklimat program mobiliti yang akan diadakan pada 6 Oktober 2015 bertempat di Auditorium CAS, Universiti Utara Malaysia.

Kehadiran adalah wajib bagi pelajar semester 1 & semester 3 ISM Kaunseling (Kepujian).

#TogetherWeAreOne

3 Fokus Utama Persatuan Kaunseling & Psikologi



Dalam usaha pemantapan dan penjenamaan semula Persatuan Kaunseling & Psikologi UUM, 3 fokus utama akan diperkenalkan iaitu:-

1) Fokus 1 : Pelajar-pelajar ISM Kaunseling (Kepujian)
2) Fokus 2 : Komuniti 
3) Fokus 3 : Pengantarabangsaan 

Ketiga-tiga fokus utama ini akan diperkenalkan bagi memantapkan lagi program yang akan dilaksanakan oleh persatuan. Salah satu sebab diperkenalkan 3 fokus utama ini adalah bagi menyahut seruan Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Noor Azniza Ishak, Dekan Pusat Pengajian Pembangunan Sosial agar dijalankan program diperingkat universiti, nasional dan antarabangsa. 

Selain itu, Yang berusaha Dekan SSD juga telah bersetuju membantu PERKAP dalam usaha memantapkan lagi persatuan dan beliau bersetuju memberikan sebuah bilik persatuan sementara untuk kegunaan PERKAP di bangunan SSD. Sebagai tambahan, Yang Berusaha Dekan juga telah bersetuju untuk menambah papan info bagi PERKAP di foyer SSD.

Besar harapan Yang berusaha Dekan, agar PERKAP menambah jumlah program yang dapat memberi manfaat kepada semua, di samping mencipta hubungan dua hala antara persatuan pelajar Kaunseling di UA dalam negara dan di luar negara.

Seperti yang diketahui umum, Universiti Utara Malaysia telah memperkenalkan sebuah sistem baru dan setiap persatuan diwajibkan mempunyai ahli jawatankuasa yang baru berkuat kuasa 1 Oktober 2015. Oleh itu, PERKAP akan memperkenalkan ahli jawatankuasa yang baru dalam sebuah majlis pada masa yang terdekat. 

#TogetherWeAreOne
 
FULL EDIT BLOG:JIAKREATIFELTDOTCOM