Saturday, 2 April 2016

PERKAP'S FAMILY DAY


Pada 29 April 2016, Persatuan Kaunseling & Psikologi akan mengadakan PERKAP'S FAMILY DAY.
Penyertaan amat dialu - alukan kepada semua pelajar Sains Kaunseling Kohort-8, Kohort-9 dan Kohort-10. Di samping bersukan dan berseronok, program seumpama ini dapat mengeratkan silaturahim antara pelajar-pelajar Sains Kaunseling.

strive straight A'

‪#‎PERKAP‬ ‪#‎TogetherWeAreOne‬


Assalamualaikum & Salam sejahtera,
Saya mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang menjayakan program pada hari ini.
1) Buat AJK Strive for Straight A's tahniah diucapkan. Semoga Allah merahmati setiap usaha yang kalian lakukan. Saya minta maaf kerana tidak dapat menjenguk ke Perlis siang tadi.

Wednesday, 27 January 2016

PERASMIAN PERTUKARAN NAMA SSD KEPADA SAPSP


 Pusat Pengajian Pembangunan Sosial (SSD) secara rasminya telah ditukar nama kepada Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (School of Applied Psychology, Social Work and Policy atau singkatannya SAPSP).

Ditubuhkan pada 1984, SSD mengorak langkah sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan. 

SSD dalam usahanya untuk memahami tingkah laku sosial manusia kontemporari yang bersifat sejagat telah tampil dengan memberi penekanan kepada bidang Psikologi, Kaunseling, Kerja Sosial, Dasar Sosial dan Sains Koreksional.

Perasmian telah disempurnakan oleh Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dato' Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak dalam Majlis Amanat Naib Canselor 2016 di Dewan Mu'adzam Shah, UUM.


Friday, 2 October 2015

Kem Kepimpinan IB Agent SMK Sultanah Bahiyah


Pada 9 Oktober 2015 hingga 10 Oktober 2015 telah diadakan Kem Kepimpinan IB Agent SMK Sultanah Bahiyah bertempat di Universiti Utara Malaysia. Seramai 26 orang IB Agent dari SMK Sultanah Bahiyah terlibat dalam kem kepimpinan ini. Pelbagai aktiviti telah dijalamkan bagi mengenali potensi diri pelajar dalam aspek kepimpinan. 

Jutaan terima kasih kepada semua yang membantu dalam menjayakan kem ini, terutamanya pihak PPA-CAS, Kaunselor SMK Sultanah Bahiyah dan juga barisan fasilitator yang terlibat. 


Thursday, 1 October 2015

Taklimat Program Mobiliti



Ingin merasai pengalaman belajar di tempat orang ?. 

Hadirkan diri anda pada taklimat program mobiliti yang akan diadakan pada 6 Oktober 2015 bertempat di Auditorium CAS, Universiti Utara Malaysia.

Kehadiran adalah wajib bagi pelajar semester 1 & semester 3 ISM Kaunseling (Kepujian).

#TogetherWeAreOne

3 Fokus Utama Persatuan Kaunseling & Psikologi



Dalam usaha pemantapan dan penjenamaan semula Persatuan Kaunseling & Psikologi UUM, 3 fokus utama akan diperkenalkan iaitu:-

1) Fokus 1 : Pelajar-pelajar ISM Kaunseling (Kepujian)
2) Fokus 2 : Komuniti 
3) Fokus 3 : Pengantarabangsaan 

Ketiga-tiga fokus utama ini akan diperkenalkan bagi memantapkan lagi program yang akan dilaksanakan oleh persatuan. Salah satu sebab diperkenalkan 3 fokus utama ini adalah bagi menyahut seruan Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Noor Azniza Ishak, Dekan Pusat Pengajian Pembangunan Sosial agar dijalankan program diperingkat universiti, nasional dan antarabangsa. 

Selain itu, Yang berusaha Dekan SSD juga telah bersetuju membantu PERKAP dalam usaha memantapkan lagi persatuan dan beliau bersetuju memberikan sebuah bilik persatuan sementara untuk kegunaan PERKAP di bangunan SSD. Sebagai tambahan, Yang Berusaha Dekan juga telah bersetuju untuk menambah papan info bagi PERKAP di foyer SSD.

Besar harapan Yang berusaha Dekan, agar PERKAP menambah jumlah program yang dapat memberi manfaat kepada semua, di samping mencipta hubungan dua hala antara persatuan pelajar Kaunseling di UA dalam negara dan di luar negara.

Seperti yang diketahui umum, Universiti Utara Malaysia telah memperkenalkan sebuah sistem baru dan setiap persatuan diwajibkan mempunyai ahli jawatankuasa yang baru berkuat kuasa 1 Oktober 2015. Oleh itu, PERKAP akan memperkenalkan ahli jawatankuasa yang baru dalam sebuah majlis pada masa yang terdekat. 

#TogetherWeAreOne

Saturday, 14 December 2013

Pilihanraya Khas (PRK) Majlis Tertinggi Kelab dan Persatuan UUM CAS

 
Alhamdulillah. Syukur kita panjatkan ke atasNya. Kita masih diberi peluang untuk bernafas di muka Bumi Allah ini. Alhamdulillah.
 
Hari ini, bertarikh, 14 Disember 2013, merupakan tarikh mula berkempen bagi Pilihanraya Khas (PRK) Pemilihan Majlis Tertinggi Kelab dan Persatuan, College of Arts and Sciences UUM.

Pada 13 Disember 2013 yang lalu, merupakan hari penamaan calon bagi PRK Majlis Tertinggi Kelab dan Persatuan UUM CAS ini.


Setiap Kelab/Persatuan di bawah Pusat Pengajian naungan UUM CAS, masing-masing telah mencalonkan sebilangan pelajar yang bakal dilantik bagi menerajui kepimpinan baru sesi bagi Persatuan/Kelab yang terbabit. 

Persatuan Kaunseling dan Psikologi UUM (PERKAP) di bawah Pusat Pengajian Pembangunan Sosial UUM CAS telah mencalonkan seramai 15 orang calon yang terdiri daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian.

Berikut merupakan calon-calon yang bertanding di bawah Pusat Pengajian Pembangunan Sosial bagi kerusi Majlis Tertinggi PERKAP:

 
"Effective leadership is not about making speeches or being liked; leadership is defined by results not attributes." —Peter Drucker
 
Akhir kata, pilihlah pemimpin anda dengan telus dan bijaksana.  
SELAMAT MENGUNDI! :)
 
Till then.
Salam.
 
Regards, Ety
 
FULL EDIT BLOG:JIAKREATIFELTDOTCOM