Thursday 1 October 2015

3 Fokus Utama Persatuan Kaunseling & Psikologi



Dalam usaha pemantapan dan penjenamaan semula Persatuan Kaunseling & Psikologi UUM, 3 fokus utama akan diperkenalkan iaitu:-

1) Fokus 1 : Pelajar-pelajar ISM Kaunseling (Kepujian)
2) Fokus 2 : Komuniti 
3) Fokus 3 : Pengantarabangsaan 

Ketiga-tiga fokus utama ini akan diperkenalkan bagi memantapkan lagi program yang akan dilaksanakan oleh persatuan. Salah satu sebab diperkenalkan 3 fokus utama ini adalah bagi menyahut seruan Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Noor Azniza Ishak, Dekan Pusat Pengajian Pembangunan Sosial agar dijalankan program diperingkat universiti, nasional dan antarabangsa. 

Selain itu, Yang berusaha Dekan SSD juga telah bersetuju membantu PERKAP dalam usaha memantapkan lagi persatuan dan beliau bersetuju memberikan sebuah bilik persatuan sementara untuk kegunaan PERKAP di bangunan SSD. Sebagai tambahan, Yang Berusaha Dekan juga telah bersetuju untuk menambah papan info bagi PERKAP di foyer SSD.

Besar harapan Yang berusaha Dekan, agar PERKAP menambah jumlah program yang dapat memberi manfaat kepada semua, di samping mencipta hubungan dua hala antara persatuan pelajar Kaunseling di UA dalam negara dan di luar negara.

Seperti yang diketahui umum, Universiti Utara Malaysia telah memperkenalkan sebuah sistem baru dan setiap persatuan diwajibkan mempunyai ahli jawatankuasa yang baru berkuat kuasa 1 Oktober 2015. Oleh itu, PERKAP akan memperkenalkan ahli jawatankuasa yang baru dalam sebuah majlis pada masa yang terdekat. 

#TogetherWeAreOne

No comments:

Post a Comment

 
FULL EDIT BLOG:JIAKREATIFELTDOTCOM