Thursday 21 November 2013

Penglibatan PERKAP dalam UUM CAS Day

Bismillahirrahmanirrahim.
 
Assalamualaikum w.b.t
 
Pada 28 November 2013 hingga 3 Disember 2013, akan berlangsungnya Pesta Konvo UUM bersempena dengan Majlis Konvokesyen UUM ke-26 yang mana pada kali ini menyaksikan pembaharuan dalam Pesta Konvo dengan penglibatan daripada salah satu kolej akademik di UUM iaitu College of Arts and Sciences (CAS).

CAS bakal menganjurkan UUM CAS Day yang bertemakan World Envinronment Day: Think. Eat. Save. Sehubungan dengan itu, sebanyak 12 persatuan di bawah naungan UUM CAS akan bergerak bersama-sama bagi menjayakan program ini, yang disokong sepenuhnya oleh TNC HEPA UUM.


Persatuan Kaunseling dan Psikologi UUM (PERKAP) juga tidak ketinggalan untuk turut sama terlibat dalam program ini. PERKAP bakal menganjurkan dua program bagi memeriahkan UUM CAS Day, iaitu Program Love Bike: Down to Earth dan juga Program Warna Warni Si Cilik Sempena World Environment Day.

Program Love Bike: Down to Earth merupakan program berbasikal sambil berkempen yang akan melibatkan pelajar UUM serta staf UUM, manakala Program Warna Warni Si Cilik pula merupakan pertandingan mewarna dalam kalangan kanak-kanak Tadika sekitar UUM untuk memupuk semangat

MARILAH SERTAI PROGRAM PERKAP DAN SAMA-SAMA MENYOKONG UUM CAS DAY!

Regards, Ety

Salam.
 
p/s: Maklumat lanjut berkenaan program-program anjuran PERKAP akan dimaklumkan dalam entri blog seterusnya. Stay tune! :)

1 comment:

  1. Selamat datang Pengarah Projek Love Bike: Down to Earth :)

    ReplyDelete

 
FULL EDIT BLOG:JIAKREATIFELTDOTCOM