Saturday 30 November 2013

Love Bike: Down to Earth

 
 
Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya, program Love Bike: Down to Earth anjuran Persatuan Kaunseling dan Psikologi UUM (PERKAP) telah diadakan dengan jayanya pada 29 November 2013 yang lalu.

Program ini telah diadakan bersama-sama dengan Majlis Perasmian UUM CAS Day 2013 yang bertemakan World Environment Day: Think. Eat. Save. Tema ini telah diangkat bersempena World Environment Day yang disambut pada 5 Jun setiap tahun, di bawah United Nation Environment Programme (UNEP).



Perasmian UUM CAS Day 2013 dan pelepasan peserta-peserta program berbasikal Love Bike: Down to Earth telah disempurnakan oleh Prof Madya Dr. Abdul Malek bin Hj. Abdul Karim, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Utara Malaysia. 

Menurut Pengarah Projek Love Bike: Down to Earth, Khairul Asraf bin Ramlan, beliau melihat program ini sebagai pendekatan terbaik untuk menerapkan nilai "reduce your foodprint" dalam kalangan warga kampus UUM kerana program seperti ini jarang diadakan dan sesuatu yang menarik.


Program ini melibatkan 70 orang peserta dari kalangan pelajar UUM dan staf daripada Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni UUM CAS (PPA CAS).  Tahniah diucapkan kepada Pengarah Projek dan AJK-AJK yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Tidak dilupakan PPA CAS yang banyak memberi sokongan dan tunjuk ajar.

Majulah PERKAP untuk UUM !

Salam

Regards, Ety

No comments:

Post a Comment

 
FULL EDIT BLOG:JIAKREATIFELTDOTCOM